Sunday, 25 October 2015

MENGURUS AKTIVITI KERJA ^_^

TAJUK MODUL 9 : MENGURUS AKTIVITI KERJA


OBJEKTIF :
Ø  Modul ini menerangkan aktiviti ditempat kerja untuk meningkatkan kemahiran murid

1.      MEMAHAMI SKOP KERJA
-          Mengenalpasti tugasan yang akan dilakukan, kerja-kerja dan tanggungjawab yang diberikan
-          Digunakan ketika menetukan tahap perngetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan oleh seseorang individu dalam melaksanakan tugasan yang memuaskan

2.      MENGENALPASTI HASIL YANG DIKEHENDAKI DAN MASALAHNYA
-          Fikiran dengan  teliti hasil kerja yang penting untuk anda
-          Nyatakan dengan jelas apa dan bila hasil kerja itu dicapai
-          Pilih satu atau dua yang utama atau susun mengikut keutamaan
-          Elakkan daripada membuat terlalu banyak tugasan dalam satu-satu masa
-          Pecahkan setiap matlamat kepada aktiviti-aktiviti
-          Kenalpasti langkah yang diperlukan untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut
-          Kenalpasti syarat-syarat dan sumber-sumber berkaitan yang diperlukan untuk setiap langkah kerja

3.      MEMAHAMI TEKNOLOGI ATAU KAEDAH YANG SESUAI
-          Setiap kerja yang dilakukan tidak sepatutnya berkembang dengan sendirinya
-          Perlu dirangka dengan teliti supaya menepati permintaan yang sentiasa berubah

3.1  : Perluasan kerja (Job Enlargement)
-          Melibatkan perluasan kerja secara horizontal iaitu dengan menambah skop kerja dan bilangan tugasan yang diperlukan dalam sesuatu kerja dan kekerapan sesuatu tugasan yang diulang


3.2  : Pengayaan pekerjaan (Job Enrichment)
-          Menambah tanggunjawab untuk merancang dan mentafsir
-          Tahap kawalan seorang pekerja ke atas kerja yang mereka lalukan
-          Bertanggungjawab untuk melalukan beberapa tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh pengurus mereka
3.3  : Modul Ciri-ciri Kerja (Job Characteristics Modul/JCM)
-          Kepelbagaian kemahiran
-          Pengenalan tugasan
-          Signifikan tugasan
-          Autonomi
-          Maklumat balas

4.      MENETAPKAN KEUTAMAAN KERJA
-           Melakukan apa yang anda minat
-          Tumpukan kepada kekuatan diri
-           Memahami bagaimana untuk cemerlang dalam pekerjaan anda

5.      TEKNIK PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
-          Setiap perkara yang kita lakukan memerlukan masa
-          Sesetengah aktiviti dipengaruhi oleh elemen luaran seperti kewajipan terhadap keluarga dan tugas ditempat kerja
-          Ada aktiviti yang dipengaruhi oleh elemen dalaman seperti berbual di telefon, penglibat dalam persatuan atau projek atau hanya membuang masa
-          PENGURUSAN MASA YANG BAIK
-Tetapkan maklamat yang realistic yang boleh dicapai
-Wujudkan keutamaan
-Bertanggungjawab penuh ke atas penggunaan dan penyalahgunaan masa

A.    ELAKKAN DARIPADA MEWUJUDKAN SITUASI YANG MUSTAHIL
-          Percubaan untuk bekerja 40 jam seminggu dan mengambil beban akademik sepenuhnya (12 jam) merupakan sesuatu yang mustahil
-          Mengkaji semula kewajipan dan tanggungjawab luaran anda
-          Menilai setiap satu itrm secara realistic semasa anda menyediakan diri untuk jadual semester yang baru
B.     TENTUKAN KEUTAMAAN ANDA
-          Semua pengurusan masa yang berjaya bermula dengan perancangan
-          Gunakan kalender mingguan dan senarai “To Do” harian
-          Catatan semua perkara yang anda ingin capai pada hari tersebut termasuk aktiviti peribadi seperti panggilan telefon dan membeli-belah
-          Gunakan senarai “To Do” untuk menetapkan keutamaan harian
-          Gunakan senarai ini agar anda dapat gambarkan apa yang anda mesti buat pada hari tersebut, dan meletakkan fokus ke atas aktiviti harian anda
C.     ADAKAH ANDA DISELUBUNGI OLEH KRISI SEMASA ATAU TARIKH AKHIR
-          Krisis dalam pengurusan, atau kekurangan dalam pengurusan, yang menyebabkan anda tiada masa untuk melakukan perkara yang rutin atau menikmati kehidupan yang sederhana
-          Adakah anda dilanda oleh kekurangan konsentrasi dan fokus?
D.    KEKALUTAN BOLEH DIIMBANGI DENGAN MEWUJUKAN SENARAI “TO DO” HARIAN DAN SENARAI MATLAMAT MINGGUAN, BULANAN DAN JANGKA PANJANG
-          Gangguan emosi yang boleh mengganggu kejayaan akademik adalah seperti kebosanan, berkhayal, tekanan, rasa bersalah, kemarahan dan kekecewaan
E.     TEKANAN YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT YANG SEMEMENGNYA BOLEH MENGGANGGU JADUAL YANG TELAH DIRANCANG
-          Pastikan kesihatan sentiasa terjaga. Anda boleh merancang masa untuk bersenam keranan ia akan menjamin kesihatan anda untuk jangka masa panjang

6.      TANGGUNGJAWAB DAN AKUANTABILITI DALAM PEKERJAAN
6.1  : BERTANGGUNGJAWAB
-          Memberikan yang terbaik dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan
-          Mengetahui hadnya
-          Mengetahui objektif dan maklamat organisasi
-          Menghormati dan mematuhi ketua
-          Memahami bahawa ketua mempunyai hak untuk membuat keputusan
-          Setiap orang bertanggungjawab ke atas kejayaan organisasi
6.2  : AKAUNTABILITI
-          Memastikan yang ia dapat disiapkan mengikut masa dan ketetapan yang telah ditetapkan
-          Mempunyai tanggungjawab ke atas sesuatu tugasan perlu mempunyai akuantabiliti setiap masa
-          Melengkapkan kerja dengan tetap, difahami dan disusun
-          Mengaku apabila melakukan kesilapan
-          Membetulkan kesilapan
-          Terima cadangan daripada penyelia untuk meningkatkan cara bekerja
-          Menyelesaikan masalah atau mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan masalah
-          Mendapat maklumat tambahan apabila diperlukan
-          Membuat penilaian keatas kualiti kerja yang telah dilaksanakan



No comments:

Post a Comment