Sunday, 18 May 2014

KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO...^_^

Gentile juga memberi fokus kajian tentang ketagihan permainan video dalam artikel tersebut. Sebagai tambahan kepada  kedua-dua penanda aras kajian berkenaan patologi permainan video. Beliau menulis kini terdapat skor kajian yang menunjukkan yang corak masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain permainan video dan internet menyamai masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan atau ketagihan judi. 

Beliau menegaskan bahawa permainan video ini dapat menyumbang ke arah kemajuan dalam pembelajaran, terutamanya sejak ia didapati boleh digunakan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Namun begitu, Gentile berkata yang jumlah wang dibelanjakan untuk permainan berpendidikan sangat kecil berbanding jumlah yang dibelanjakan untuk permainan hiburan komersial. Ini disebabkan kebanyakan permainan pendidikan adalah tidak begitu menarik perhatian pengguna, tidak menyeronokkan atau tidak sebaik kualti permainan yang berada di pasaran.
 
Dengan memberikan semua kesan yang berbeza permainan video dan internet terhadap pemikiran seperti dinyatakan dalam artikel, Gentile berharap ia boleh mengurangkan sedikit pemikiran negatif dan dikotomi dalam bidang penyelidikan permainan video.


No comments:

Post a Comment