Dalam artikel tersebut, Gentile menyatakan penyelidikan telah menunjukkan yang permainan video boleh mendatangkan kesan positif. Satu kajian yang dilakukan oleh dua orang penyelidik bersama iaitu Daphne Bavelier and C. Shawn Green dari Universiti Rochester (N.Y) untuk permainan perang dan tembak-menembak “Unreal Tournament” mendapati yang kemahiran dan tumpuan pemain-pemain meningkat dengan bermain permainan tersebut. Walaupun hanya sedikit kajian menunjukkan kesan positif permainan video dan internet dalam tabiat sosial, kajian-kajian eksperiment yang turut dijalankan oleh Gentile di Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura mendapati bahawa bermain permainan social-games membawa kepada lebih banyak sikap “membantu-membantu” setiap pemain. Dalam satu kajian yang lain, penyelidik mendapati, kanak-kanak yang bermain lebih banyak permainan social-games sebelum memasuki alam persekolahan menunjukkan perubahan sikap tolong-menolong ketika di alam persekolahan. Jika kandungan permainan video dipilih dengan bijaksana dan tujuan untuk mendidik, ia sebenarnya boleh meningkatkan beberapa kemahiran yang lain” tambah Gentile. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia lebih kepada alat-alat pengajaran yang yang berfungsi mendidik anak-anak berbanding daripada apa yang kita bayangkan. Dan fungsi peralatan video tersebut boleh menjadi baik atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment