Pada masa kini, ada pelbagai jenis hiburan yang dipaparkan di media. Paparan hiburan yang banyak ini sudah pasti mendatangkan pelbagai kesan, sama ada yang baik mahupun sebaliknya kepada para penonton, bagi seseorang yang bijak mengurus masa, hiburan tidak mendatangkan masalah yang besar. Sebaliknya, bagi yang mudah leka dibuai keasyikan hiburan, banyaklah kesan negaif yang melingkari mereka.
Hiburan akan memancing perhatian remaja yang kebanyakannya pelajar, sedangkan mereka sepatutnya menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Mereka sanggup memperuntukkan masa yang banyak untuk berhibur, termasuklah memuja artis-artis pujaan.
Dalam pada itu, untuk menggambarkan realiti kehidupan, drama sebagai hidupan pada masa kini sarat dengan unsur ganas, seks, tahyul, dan sebagainya. Bahasa yang digunakan pula adakalanya bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Secara sedar atau tidak, unsur-unsur negatif tadi mempengaruhi akhlak dan tingkah laku remaja. Bahasa yang bercampur aduk ini turut mempengaruhi remaja dalam pertuturan harian dan juga dalam penulisan mereka. Kebanyakan rancangan hiburan kini, terlalu sedikit nilai ilmu dan pengajarannya. Maka, remaja berhibur tanpa memperoleh sesuatu yang dapat dijadikan panduan hidup. Hiburan yang “kosong” itu akan menghanyutkan mereka kerana mereka tidak mempunyai arah tujuan hidup yang jelas.
No comments:
Post a Comment