Sejak belakangan ini dunia
hiburan dari hari ke hari semakin popular di kalangan remaja. Program
realiti hiburan merupakan salah satu
bentuk hiburan yang tidak pernah lekang daripada menghiasai bibir-bibir remaja
kini. Program realiti hiburan ialah sebuah rancangan realiti yang memaparkan
bakat-bakat baru yang telah lama terpendam di dalam jiwa remaja zaman ini.
Antara contoh program realiti hiburan
yang acap kali menjadi topik utama perbualan remaja kini ialah rancantan Imam
Muda iaitu sebuah program yang mencari imam atau pemimpin yang
bijak berhujah dalam isu-isu agama untuk dijadikan “Role Model” kepada
remaja-remaja kini, selain itu rancangan Akademi Fantasia iaitu sebuah
rancangan yang mencari pemuda yang memiliki bakat menyanyi agar dapat mengetengahkan
muzik-muzik tanah air di persada dunia, dan rancangan-rancangan yang lain.
Antara faktor program realiti hiburan ini menjadi topik hangat dalam perbualan
khalayak remaja adalah kerana program ini mempunyai cirri-ciri dan keunikannya
yang tersendiri. Antara keunikannya ialah peserta-peserta akan diuji dengan
pelbagai tugasan yang semakin mencabar
dari hari ke hari, mempunyai sistem undian yang memberi peluang kepada penonton
untuk menilai dan memilih peserta yang terbaik serta pelbagai kejutan yang dibuat
oleh pihak penganjur agar penonton tidak jemuh melihat aksi-aksi peserta dalam
menyelesaikan tugasan mereka. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi pihak
terutamanya daripada kalangan orang dewasa ini menganggap bahawa
program-program hiburan seperti ini banyak menyumbangkan kesan negatifnya
daripada kesan positifnya. Sudah semestinya bukan senang untuk kita mengubah
persepsi mereka tentang hal ini jika kita tidak menjelaskan antara kebaikan
program-program seperti ini yang boleh diperolehi kepada mereka dengan baik dan
efektif. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama membincangkan antara
kebaikan program realiti hiburan ini agar masyarakat kita dapat melihat akan
kepentingan program ini dalam menjana revolusi di dalam industri hiburan tanah
air kita.
Kalau tidak pecahkan ruyung mana
dapat sagunya. Madah melayu ini juga amat sinonim sekali dengan kata hukama’
“man jadda wajada” bermaksud sesiapa
yang hendak maka dia akan mendapatkannya. Kedua-dua madah ini membawa gambaran
yang sinonim sekali iaitu seseorang itu jika tidak berusaha untuk mendapatkan
sesuatu benda itu masakan dapat hasilnya. Hal ini sama juga dengan situasi
remaja sekarang ini bagai pahat dengan penukul, kena tegur dahulu baru hendak
melakukan kerjanya. Contoh yang paling dekat untuk menerangkan situasi ini
dengan lebih lanjut ialah kebanyakan remaja sekarang ini tidak akan
menyelesaikan kerja sekolah mereka selagi mana guru-guru mereka tidak melakukan
sesuatu terhadap pelajarnya itu. Begitu juga dengan bakat istimewa mereka yang
sekarang ini masih tidur lena di dalam dirinya, hanya menunggu masanya yang
sesuai sahaja untuk dikejutkan bakat itu. Jika bakat ini dapat dikejutkan, maka
satu keajaiban- masa depan akan menjadi semakin cerah, dan mudah dikecapi akan
dirasai oleh pelajar tersebut. Untuk mengejutkan atau menonjolkan bakat itu
kerajaan telah melakukan pelbagai usaha seperti menyarankan industri hiburan di
Negara kita supaya menganjurkan pelbagai program realiti hiburan yang
berobjektifkan ingin menonjolkan bakat sebenar remaja di luar sana yang masih
tercari-cari lagi hala tujuan yang harus mereka pilih. Oleh yang demikian salah
satu kebaikan program realiti hiburan ini diwujudakan adalah dapat menolong
remaja kini daripada tersalah memilih hala tuju mereka. Hal ini sekali gus dapat
mengurangkan peratus masalah sosial dalam kalangan remaja. Jika hal ini berjaya
dicapai, maka salah satu hasrat kerajaan iaitu “ Jenayah Sifar” dapat
menampakkan hasilnya. Tuntasnya, jika anda hendak mendapatkan sesuatu benda itu
hendaklah anda berusaha terlebih dahulu, bak kata pepatah “ yang bulat tidak
akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang”.
Dimana ada kemahuan di situ ada
jalan. Khazanah kata ini menggambarkan bahawa jika kita ada semangat hendak
mengejar cita-cita kita, pasti akan ada jalan atau cara untuk mencapainya.
Contoh yang boleh diketengahkan untuk menjelaskan situasi ini dengan lebih
terperinci lagi ialah jika seseorang itu sudah menanamkan impiannya itu di
dalam hatinya dengan erat maka tidak kira walau apa jua sekalipun cabaran dan
rintangan yang bakal dihadapinya pasti akan ada jalan keluarnya jika kita
mempunyai keazaman yang tinggi dan untuh untuk mengaharunginya. Hal ini juga
ada disebutkan dalam firman Allah mafhumnya “ Allah tidak akan mengubahkan
nasib sesuatu kaum itu jika dia tidak berusaha mengubah nasib mereka”. Ayat ini
menjelaskan bahawa Allah tidak akan menolong kita untuk berubah selagi kita
tidak mempunyai niat untuk berubah. Sebagai contoh untuk menerangkan ayat ini
dengan lebih lanjut lagi ialah walaupun kita menasihatkan pelajar yang nakal
banyak mana sekalipun keputusannya masih lagi sama. Nasihat yang kita bagi tadi
kepadanya bagai mencurah air ke atas
daun keladi, nasihat yang kita berikan tadi kepadanya akan menjadi
sia-sia sahaja selagi mana dia tidak ada niat untuk membuat anjakan paradigma
terhadap dirinya sendiri itu. Oleh yang demikian, salah satu faedah yang dapat
kita semua perolehi jika program-program realiti ini dianjurkan adalah dapat
mendidik anak-anak bangsa kita agar sentiasa berusaha mengejar cita-cita mereka
dan jangan sekali-kali berputus asa jika kita masih tidak dapat melihat lagi
hasilnya. Tanamkan dalam minda dengan kalam “Jika kau fikirkan boleh, kau boleh
membuatnya dan jika kau fikirkan kekalahan, maka kau akan dapat kesengsaraannya.”
Hal ini kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya cuma tinggal diri
kita sahaja yang menentukannya sama ada masalah itu dapat diselesaikan ataupun
tidak. Walaubagaimanapun, apa yang penting adalah usaha kita untuk mencari
jalan yang sesuai untuk kita lalui agar dapat mencapai cita-cita kita itu.
Konklusinya, janganlah kita cepat mengalah dalam usaha mengejar cita-cita kita.
Ingatlah, cita-cita itu bukan sekadar cerita kosong di alam persekolahan yang
menghiasi zaman kanak-kanak kita, tetapi cerita itu merupakan satu motivasi
yang sering kita ucapkan kepada diri kita agar sentiasa berusaha dalam
pelajaran demi mencapai kehidupan yang bahagia. Ingatlah remaja, kejar cita-cita
dahulu, barukah kerja cinta.
Genggam bara api biar sampai jadi
arang. Peribahasa ini menggambarkan seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan
biarlah sampai membuahkan hasil apa yang dikerjakannya itu. Oleh yang demikian,
salah satu maslahat menganjurkan program-program realiti ini ialah dapat
mengajar anak-anak muda zaman sekarang ini agar melakuakan sesuatu itu biarlah
bersungguh-sunggguh dan janganlah menyesal dikemudian harinya, bak kata pepatah
Melayu, “sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Oleh yang
demikian, jika kita sudah memiliki profesion yang kita minati, kita haruslah
menjalankan amanah itu dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, jika kita sudah
layak mengikuti sesebuah program realiti itu, kita haruslah menyahut segala
cabaran dan menghadapi segala rintangan dengan berhemah serta bersiap sedia
untuk menerima keputusannya dengan hati yang terbuka. Janganlah kita menganggap
bahawa segala tugasan yang sukar itu diberi hanya sekadar hendak membuli kita,
tetapi kita haruslah memandangnya dari sudut positif seperti pihak penganjur
menyediakan tugasan sesukar itu kerana mereka tahu tugasan seperti inilah yang
bakal peserta-peserta harungi malah mungkin lebih pahi lagit kelak. Hal ini
kerana pihak penganjur telah terlebih makan garam daripada kita. Oleh itu, mahu
atau tidak kita haruslah patuh dengan terma dan syarat yang mereka sediakan
kerana kita yang memilih sendiri jalan yang kita hendak harungi ini, bak kata
adat temenggung “berani buat berani tanggung”. Oleh itu setiap kali kita
menerima tugasan, kita sebagai peserta yang mengikuti anjuran ini haruslah
mendengar dan mentaati segala arahan yang akan mereka beri. Hal ini kerana
mungkin apa yang pihak penganjur lakukan bertujuan untuk memberi nasihat atau
motivasi yang akan dipegang oleh mereka yang memilih profesion ini dalam
mengharungi cabaran yang begitu sengit dari hari ke hari. Secara sterotaipnya,
semua remaja haruslah memilih profesion mereka berdasarkan bakat dan minatnya
itu, jika anda berjiwa seni maka jadilah artis yang disegani dan disanjungi
oleh khalayak ramai.
Konklusinya, semua masyarakat
haruslah sedar bahawa program-program realiti hiburan ini bukan hanya sekadar
dipertontonkan kepada khalayak ramai tanpa tunjuan yang munasabah. Hal ini
kerana berdasarkan potongan hadis rasululullah “in nama a’malu binniat”
bermaksud setiap perbuatan itu mesti mempunyai niat. Kita juga haruslah yakin
bahawa setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan hanya semata-mata memberi
peluang kepada rakyat agar dapat menikmati kehidupan yang lebih adil. Rakyat Di
Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan. Itulah slogan yang masih menjadi tunggak
kerajaan dalam melaksanakan amanah mereka dalam membentuk bangsa yang lebih
bertamadun. Walaubagaimanapun setiap perbuatan mesti ada batasannya