Monday, 18 August 2014

LIMA PERMAINAN VIDEO TERBAIK 2011..^^

Penghujung tahun semakin mendatang dan tahun ini merupakan tahun yang amat menyeronokkan untuk industri permainan video. 2011 melihat banyak pembuat permainan video mengeluarkan sambungan kepada francais berjaya mereka. Sebahagiannya diterima baik manakala beberapa lagi tidak begitu berjaya. Minggu ini, kita akan melihat lima permainan video PC yang telah mencipta nama untuk diri sendiri pada tahun 2011. 

1. Battlefield 3
Sebelum mana-mana peminat Modern Warfare datang menumbuk saya, benarkan saya menjustifikasikan keputusan saya untuk memasukkan permainan ini dalam senarai saya. Keputusan saya semata-mata mengikut pengalaman berbilang pemain kerana ia aspek permainan yang para pemaju dan pemain permainan video tumpukan.

Oleh itu, Battlefield 3 berada di hadapan dengan gameplay 64 pemain dalam talian. Ia amat memuaskan untuk mengatasai lima daripada sahabat anda tetapi ia tidak dapat dibandingkan dengan keamatan 64 askar menembak satu sama lain di darat dan di udara. Itu barulah yang dikatakan sebuah medan pertempuran sebenar. 

2. Assassin’s Creed: Revelations
Saya akui agak sedih mengucapkan selamat tinggal kepada salah satu watak permainan video ikonik dalam industri permainan video. Pengikut setia francais ini benar-benar menikmati perjalanan yang direka oleh Ubisoft. Kisah hidup epik seorang pembunuh dalam era Otoman ditingkatkan dengan pencerita hebat dan seting yang menakjubkan. Saya tidak akan terkejut jika permainan video ini dijadikan sebuah filem (asalkan Michael Bay tidak terlibat).
Kita telah melalui empat episod hidup Altair dan Ezio dan lambat laun ia akan berakhir juga. Ubisoft telah memberi hero-heronya satu penghormatan yang berhak dalam ''Revelations''. Harap-harap sambungan bagi saga Assassin''s Creed akan terus menawan imaginasi pemain permainan video di mana Altair dan Ezio telah tinggalkan. 

3. Saints Row: The Third
Di tangga ketiga ialah satu permainan video yang saya telah ulas minggu lepas. Saya masih menggemari permainan video ini biarpun telah selesai bermain misi utamanya. Gabungan senjata-senjata dan kereta-kereta tidak masuk akal dengan satu dunia fiksional gila tidak pernah mebosankan. Duabelas aktiviti yang boleh dimainkan berulang kali akan membuatkan anda kembali berulang kali. Dan saya suka idea di mana anda boleh merosakkan bandar raya bersama seorang kawan dalam mod cerita. Saya tidak boleh ingat kali terakhir saya berseronok sebegini bermain satu permainan video. Bukankah ini tujuan kita bermain permainan video? 
4. Portal 2
Saya masih tidak dapat melupakan lagu GLaDOS ''Want You Gone'' dari kepala saya. Setiap kali lagu ini bermain dalam kepala saya, pemikiran saya akan terus teringat kepada robot-robot lucu. Permainan video ini dengan sendirinya merupakan satu yang menyeronokkan dengan teka-teki mencabar. Tetapi personaliti gila robot-robot inilah yang membuatkan saya ketawa. Siapa yang tidak suka Wheatly, robot kekok yang kurang keyakinan diri dan robot psikopat GLaDOS. Ia seperti memerhatikan C-3P0 and R2-D2 dalam Star Wars.

Tiada apa-apa di luar sana yang hampir kepada Portal. Ia berada dalam satu genrenya tersendiri. Keseluruhan konsep permainan video ini betul-betul unik dan menghasilkan pengalaman permainan video yang menghiburkan. 
5. L.A. Noire
Di puncak ialah permainan video penyiasatan jenayah L.A. Noire. Bagi saya, ia agak sengit antara L.A. Noire dan Portal 2 tetapi akhirnya saya memutuskan untuk memilih yang terdahulu. Terdapat banyak permainan video jenayah di luar sana yang memberi pemain peluang untuk menjadi salah seorang daripada watak jahat. Dalam L.A. Noire anda akan mengambil watak baik dan tiada apa-apa yang perlu dimalukan.

Rockstar Games telah benar-benar menyerlah dengan satu prosedur menyoal siasat yang pintar terima kasih kepada satu teknologi terkini yang dipanggil MotionScan. Dengan perincian yang mengagumkan bagi air muka, ia membuatkan pengalaman keseluruhan penyiasatan jenayah satu pengalaman yang menarik dan realistik. Anda dapat mengikuti kehidupan sebenar seorang pegawai polis sedang anda merayau-rayau di jalan Los Angeles 1947. Bukan setiap hari anda dapat menjadi seorang penguatkuasa undang-undang sebenar dan saya bermakna sebenar.

No comments:

Post a Comment